Saturday, April 27, 2013

AKU PILU!

Negara Berkebajikan dan Prinsip Demokrasi

Negara berkebajikan merupakan satu model yang baik bahkan ia akan menjadi lebih baik jika medium ini mampu digarapkan dengan prinsip demokrasi yang tulen. Peranan negara dalam menyediakan platform dan peluang untuk rakyat melaksanakan kebaikan dan keadilan amatlah dituntut didalam Islam. Banyak bukti hinggakan didalam Al-Quran sendiri menyebut akan hal ini.



Negara Sumber Moral Rakyat

Negara seharusnya menjadi satu sumber penyemarak moral kepada rakyat dalam menyediakan segala kemudahan dalam membela kebajikan mereka hingga akhir. Apabila negara menjadi regim mengaut keuntungan, kronisme, kapitalisme dan sebagainya; ia bakal memudaratkan rakyat dan banyak kesan negatif bakal timbul. Mereka akan sentiasa dihimpit kemiskinan, hutang dan kos sara hidup yang kian meningkat. Jenayah bakal tiba saat keadaan kondusif itu tidak berjaya diwujudkan.

Hatiku Pilu!

Semalam, hati saya pilu melihat 4 orang mak cik yang agak berumur sedang menaiki kereta Proton Saga lama; 1st edition barangkali. Terpacak bendera UMNO diatas bumbung kereta mereka. Dengan ketiadaan pendingin hawa, mereka sanggup berpanas dan berpeluh. Kemana mereka mahu pergi agaknya?

(Hingga sebegitu mereka sanggup merana, namun UMNO masih disokong).


Yang buat saya makin sakit hati apabila yang mendapat sokongan itu pula megah santai di mahligai mereka. Najib? Rosmah? Taib Mahmud? Usah dicerita. Semua orang tahu.